Translate

Ahad, 14 Oktober 2012

telapak besi(awas ini bukan mainan)


assalamualaikum
ana dah x tau nak berceloteh apa tapi ada seorang sahabat kita yang perminat akan ilmnu pukulan maka ana akan mengonsi 1 ilmu yang dipanggil telapak besi
TELAPAK BESI
Bismillahirrahmanirrahim.
Abul haq! (3 kali)
Cara mengamalkannya:
Bacakan isim di atas 3 kali dan ambilkan air liur di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kanan anda.
Sapukan ke telapak tangan kiri. Kemudian, bacakan lagi isim di atas 3 kali dan ambilkan lagi air liur anda
di anak tekak (uvula) dengan ibu jari kiri anda. Sapukan ke telapak tangan kanan anda. Makrifatkan yang
kedua-dua tangan anda menjadi kuat dan keras seperti besi. Tarik nafas sedalam-dalamnya dan temukan
kedua-dua telapak tangan dan gosok berkali-kali. Lanjutkan menggosok-gosok (menyapu) telapak tangan
kiri bermula dari penumbuk tangan kanan ke pergelangan tangan, ke lengan sehinggalah ke siku kanan, dan
balik semula ke atas seperti sebelumnya (keadaan di mana ke-2 telapak tangan ditemukan). Kemudian,
sambungkan gosokan tersebut ke sebelah tangan kiri (menggunakan tangan kanan pula). Ulangi sehingga 3
kali untuk kedua-dua belah tangan.
Pilihlah waktu-waktu yang mustajab untuk mengamalkan amalan ini seperti 1/3 malam (jam 2.00 pagi
sehingga Subuh), selepas sembahyang fardu, selepas habis laungan azan dan seumpamanya. Amalkan
sekurang-kurangnya selama 40 hari berturut-turut.
Kesan amalan ini:
Insya-Allah, kedua-dua tangan anda akan menjadi bertambah kuat (terutama pada waktu-waktu tertentu).
Anda akan menjadi berani dan tidak akan mudah takut dengan sesiapa. Anda mungkin akan selalu
didatangi oleh cubaan-cubaan yang akan menguji kesabaran anda. Jika anda tidak cukup sabar, anda
mungkin akan menjadi seorang yang pemarah.
Dalam masa anda mengamalkan isim ini, insya-Allah anda akan didatangi oleh ‘penjaga’ isim tersebut
(dalam pelbagai rupa). Janganlah takut! Teruskan.
Pantang:
Kedua-dua telapak tangan anda akan menjadi senjata yang amat merbahaya dan berbisa. Jangan sekalikali
anda menampar atau memukul anak-anak anda, isteri atau keluarga terdekat. Boleh menyebabkan
orang tersebut menjadi gila. Jika tidak mampu sabar, lepaskan sahaja ke dinding.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan